Friday, December 24

Ragam manusia




Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk turun ke bandar. Maklumlah hujung minggu begini pasti ramai anak muda yang keluar lepak menghabiskan waktu bersama teman-teman mereka. Ada yang keluar bersiar-siar bersama keluarga dan anak-anak, ada pula yang terpaksa berkerja pada hujung-hujung minggu begini. Sewaktu saya dalam perjalanan menuju ke Orchard plaza salah satu pusat membeli belah yang terkenal di singapura, tiba-tiba saya terpandang sepasang kekasih yang berdiri di satu sudut tepi MRT yang sedang menuju ke bandar. Dengan gelak ketawa yang kuat mereka seakan hanyut dalam dunia sendiri tanpa memperdulikan pandangan sinis segelintir penumpang di sekeliling mereka. Ada beberapa penumpang yang seakan tidak memperdulikan karenah mereka. Agaknya mereka sudah biasa melihat keadaan seperti ini. Tangan si lelaki pula menjalar ke sana sini tak pernah duduk diam, sekejap mengusap-usap belakang si gadis..sekejap menjalar ke punggung si gadis. Aduh!dalam hati saya menyampah dengan kelakuan si lelaki ni...maklumlah kata orang negara yang moden mereka boleh berbuat sesuka hati sama seperti di negara-negara barat yang lain. Saya segera melarikan pandangan ke tempat lain, saya sudah tidak tahan melihat kelakuan mereka lagi. Rasa meluat pun ada..menyampah pun ada..nak muntah pun ada. Cuba bayangkan kalau ibubapa si gadis tu ada bersama, rasanya apa yang berlaku kepada Si lelaki tu?

Tidak jauh dari tempat saya bersandar pula kelihatan seorang perempuan tua yang berbangsa cina berpaut pada tepi tiang tempat duduk. Hujung minggu begini keadaan sesak sedikit sehinggakan ada yang terpaksa berdiri termasuk saya juga. Tapi saya orang muda tak kisahlah..yang saya kasihankan orang-orang tua yang juga turut menggunakan kemudahan awam seperti bas dan MRT. Sebenarnya tempat duduk khas untuk mereka-mereka yang lebih memerlukannya seperti orang mengandung, kanak-kanak, orang kurang upaya dan warga emas telah disediakan. Namun, ada sesetengah golongan muda yang tidak bertanggungjawab. Mereka seakan tidak mengambil peduli akan keadaan seperti ini. Kadang-kadang ada yang kelihatan berpura-pura tidur..ada yang buat-buat tak nampak. Bayangkan sekiranya ibubapa mereka yang sudah lanjut usia atau isteri mereka yang tengah sarat mengandung diperlakukan sebegini. Apakah tindakan mereka?

Seharusnya kita sedar, nilai-nilai moral yang tinggi harus ada pada diri kita mahupun kehidupan seharian kita barulah hidup kita akan sentiasa aman dan damai. Sikap bertimbang rasa, hormat menghormati, bertanggungjawab dan sebagainya adalah penting bagi menjamin kehidupan yang lebih bahagia di masa hadapan. Biarlah apa kata orang lain mengenai diri kita asalkan kita tahu apa yang kita lakukan itu tidak menyinggung perasaan orang lain. Perlu kita ingat juga, suatu masa nanti kita juga akan menjadi tua sama seperti mereka.


P/s: Testing2....entah ape2 je yg aku buat ni..buat karangan ekk??


Imelda Vanessa Patrick
(Kota Kinabalu)

24 DISEMBER 2010

Wednesday, December 22

Kelebihan dalam diri kita




Setiap manusia yang dilahirkan di dunia ini dikurniakan dengan sepasang mata untuk melihat, sepasang telinga untuk mendengar, sepasang kaki untuk berjalan, sepasang tangan untuk menulis, dan akal fikiran untuk menentukan baik buruk sesuatu perkara. Tidak kurang juga yang dilahirkan dengan memiliki suatu kelebihan yang bukan semua manusia mampu memilikinya. Ada yang hidup dalam serba kekurangan, ada yang dilahirkan sebagai orang kurang upaya dan sebagainya. Contohnya, kelebihan kita dalam bidang penulisan mahupun dalam bidang-bidang lain. Sebenarnya, apa yang ingin saya sampaikan di sini adalah mengenai kelebihan yang kita miliki ini.

Namun, kadangkala kita tidak sedar bahawa apa yang kita miliki itu adalah amat berharga. Sehinggakan ada yang menyalahgunakannya untuk kepentingan diri sendiri. Tidak kurang juga dengan orang atasan yang sentiasa mencuba untuk mengambil kesempatan terhadap kejayaan dari orang-orang bawahannya. Kita amat beruntung seandainya kita dikurniakan kelebihan masing-masing. Contohnya, dalam bidang penulisan kebanyakan apa yang kita tulis adalah berdasarkan dari pengalaman kita sendiri. Namun, Kadangkala kita juga memerlukan imaginasi kita untuk mencipta suatu jalan cerita agar lebih memberangsangkan lagi minda para pembaca pada zaman yang serba moden ini. Tahukah anda, jika kita pandai menghidupkan sesuatu watak yang sebenarnya tidak pernah wujud, tidak mustahil untuk kita dapat melihat hasil yang akan memuaskan hati kita. Teringat pula yang saya pernah terlihat kata-kata yang telah menimbulkan pelbagai persoalan di minda saya pada ketika itu. Sehinggakan saya seolah-olah bersoal jawab dengan diri saya sendiri.


"Orang bilang ilham, aku bilang jiwa. Orang bilang inspirasi aku bilang imaginasi. Orang bilang belajar dari pengalaman aku bilang temukan kebenaran sejati. Semua telah di cuba namun seolah-olah sia-sia. Semua telah berusaha namun seolah-olah sungguh sulit melawan dunia. Semua tidak mau mengerti kita. Bahawa prinsipnya, dunia sungguh sulit untuk dikalahkan."


Apa yang ingin saya komen mengenai kata-kata ini adalah..sebagai contoh, 'Semua telah di cuba namun seolah-olah sia-sia'. Soalan pertama yang bermain di fikiran saya pada ketika itu adalah sudah berputus asakah orang ini? Bukankah pada dasarnya, untuk berjaya dalam bidang yang kita ceburi ini kita tidak seharusnya terlalu mudah untuk berputus asa. 'Semua telah berusaha namun seolah-olah sungguh sulit melawan dunia'. Soalan kedua, mengapa kita perlu melawan dunia? seolah-olah kita ingin mengubah takdir yang telah ditetapkan untuk kita. Bukankah takdir kita semua terletak ditangan-NYA. 'Semua tidak mau mengerti kita'. Soalan ketiga, bagaimana hendak dimengertikan jika kita sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang kita inginkan di dunia ini. Kita seharusnya perlu membuat kajian terlebih dahulu dengan teliti, tidak perlulah kita bertanya apakah sebenarnya yang kita harapkan dari dunia ini. Tetapi tanyalah pada diri kita, apakah yang telah kita lakukan untuk dunia. 'Dunia sungguh sulit untuk dikalahkan'. Soalan yang keempat, tidak perlulah kita berusaha untuk melawan dunia itu adalah sama seolah kita melawan takdir yang telah ditetapkan untuk kita. Terimalah seadanya dengan tangan yang terbuka. Nescaya kita akan sentiasa diberkati-NYA.



Oleh itu, pada pendapat saya untuk menjadi seorang penulis yang berjaya atau dalam apa jua bidang yang diceburi tidak perlulah kita memiliki pelajaran tinggi. Cukuplah sekadar minat kita yang mendalam dalam bidang itu. Jika kita rajin membaca dan membuat kajian mengenai kesahihan sesuatu perkara samada ianya adalah imaginasi mahupun dari inspirasi kita, sudah tentu kita mampu untuk menghasilkan artikel-artikel mahupun idea-idea yang baik lagi bermutu untuk dikongsikan kepada para pembaca semua. Akhir sekali dari saya, 'Belajarlah berdiri di atas kaki sendiri'.


Imelda Vanessa Patrick
(Kota Kinabalu)

22 Disember 2010

Saturday, December 4

Sebait puisi alunan suaraku





Di sini ku menjiwai puisi alam
bermula dari ku kecil sehinggalah dewasa
bermula dari ku belajar meniarap..
merangkak dan kemudian berjalan
betapa suasana itu sungguh indah sekali


Di sini ku berlabuh seketika
bermula dari terbitnya matahari di ufuk barat
sehinggalah terbenamnya matahari di ufuk timur
bermula dari saat kedengaran kicauan burung berterbangan bebas
sehinggalah saat tibanya mereka kembali pulang ke sarang


Namun..di hadapan ku kini..
segalanya bagaikan terlalu asing bagiku
hanya ada aku dan kerusi roda ku
tiada lagi kedengaran kicauan burung di awan biru
tiada lagi sang mentari dengan kilauan cahaya teriknya


Aku hanya bisa pasrah akan takdirNya
dan memohon kepadaNya..
agar dihatiku tidak pernah terlintas akan erti berputus asa
moga saja suatu hari nanti cahaya itu kembali bersinar
dan aku masih bisa merasai saat-saat indah itu



Imelda Vanessa Patrick
(Kota Kinabalu)

04 November 2010

Friday, October 15

Aku mencintaimu





Aku mencintaimu dalam diam
di antara bayangan dan jiwa ku
kerana aku tidak tahu
cara lain untuk mencintaimu


Aku mencintaimu bagaikan sekuntum
mawar mekar yang berduri
kerna ku takut akan terluka
dek terkena duri mu


Aku mencintaimu tanpa kusedari
kerna apa yang ku tahu
cinta itu datang tanpa di undang
seringkali ia datang tanpa ku pinta




Imelda Vanessa Patrick
(Kota Kinabalu)

15 oktober 2010

Thursday, October 7

Hati yang terluka




Ku berusaha mencintaimu dengan tulus
memang sakit..!
tapi lebih sakit setelah kau
mengkhianati cintaku


Aku berlari bersama mentari
tenggelam bersama malam
ku kehilangan cintamu
membuatkan ku seolah dalam mimpi


ku tangisi ku ratapi pemergianmu
sia-sia..!
kau pergi jua
meninggalkanku pergi
bersama sang waktu


Memang benar...
mencintai tak harus memiliki
moga saja kau bahagia
Dengan luka ku ini


Suatu saat kau akan tau
Erti cinta yang sebenar..




Imelda Vanessa Patrick
(Kota Kinabalu)

10 october 2010

Friday, September 24

Mencari Pasangan Hidup




Dalam menentukan JODOH ada 3 perkara yang kita perlu tahu:-

1) JODOH SYAITAN- Di mana Adam dan Hawa bertemu dalam keadaan yang gelap dan sunyi. Maka, akan ada pihak ketiga yang hadir menghasut utk melakukan perbuatan terkutuk yang membuatkan Hawa mengandung dan mereka berkahwin kerana malu.

2) JODOH JIN- Jodoh yg dilakukan secara paksa di mana Adam menyukai Hawa tetapi Hawa adalah sebaliknya.Maka, Adam menggunakan bomoh untuk menundukkan Hawa supaya menjadi miliknya.

3) JODOH TUHAN- Jodoh yg mempertemukan Adam dan Hawa buat kali pertama dan mereka telah jatuh cinta.Inilah yg dinamakan syurga cinta.

Warna-warni Pelangi




Aku bukan bulan
yang selalu menerangi kepekatan malam..

Aku juga bukan bintang
yang selalu menghiasi malam kelam

Apatah lagi sang mentari
yang selalu menyinari alam
lalu aku siapa??

Akukah sang pelangi
yang warnanya sentiasa mengharmonikan alam
dan memberikan sejuta persoalan?

Akukah sang pelangi
yang cuba dileraikan warnanya
dalam mencari setiap makna
pada tujuh petala warna-warna pelangi?

Leraikanlah ia dengan cinta,kasih dan sayangmu
maka kau akan temui makna disebalik
warna-warna pelangi itu.


IMILDA PATRICK LIDADUN
(KOTA KINABALU)

24/09/2010

Tuesday, August 31

C.I.N.T.A




Cinta itu ku ibaratkan ia sebagai kupu-kupu
semakin ku kejar semakin ia menjauh
pabila ku biarkan ia terbang
ia datang menghampiri ku di saat yang tidak ku duga
Cinta itu bisa membahagiakan
tapi sering pula ia menyakitiku
cinta itu terlalu istimewa
hanya pabila diberikan pada seseorang yang layak menerimanya
Cinta oh cinta
tanpa cinta maka tiadalah kasih
tanpa kasih maka tiadalah sayang
tanpa cinta..kasih dan sayang maka tiadalah diriku..

Saturday, August 14

Derita seorang perindu




Ku hitung semula semua langkah kakiku
saat bermulanya perjalanan kisah cinta kita
sekaligus menghidupkan kembali
memori-memori suka dan duka
yang pernah kita lalui bersama dulu
Jiwa ini kian resah saat terpandang wajahmu
membangkitkan segala kerinduan dan cinta
yang pernah terjalin antara kau dan aku
sebagaimana dulu ku hadir
di dalam hidup mu secara misteri
begitu juga kini di saat ku pergi meninggalkanmu
Ku tahu hatimu telah kecewa dan terluka
seringkali bertemankan sepi dihanyut keresahan
Maafkan daku sayang..
apakah kuharus kembali padamu?
agar kau tidak menderita lagi..


Imelda Vanessa Patrick,
(Kota Kinabalu)

14 Ogos 2010

Saturday, July 31

**Mencari cinta abadi**




Bermula jejak langkah
yang meniti waktu di ujung senja
seakan ku menatap indahnya
mentari menyinari langit biru
lambaian memori luka yang berlalu
diiringi dengan gemuruh ombak
menerjang pesisir pantai
yang telah lama hilang di ufuk samudera
mata ini hanya bisa memandang
langit yang begitu indah
terasa seakan langkah ini sudah mulai goyah
masih bisakah lagi kaki ini melangkah jauh?
dalam meniti hari kebahagiaan
yang semakin pudar warnanya..



Imelda Vanessa Patrick,
(Kota Kinabalu)

31/07/2010

Thursday, July 1

**Rindu seorang kekasih**




Tiada lagi kerlipan bintang menemani malamku,
biar kunikmati kesunyian dalam kepekatan kabus malam...

Tiada lagi puisi sendu untuk mewakili perasaan ini,
biar kunikmati kekecewaan di hati ini...

Mungkin hangatnya airmataku lebih tulus
daripada tawa di bibir yang penuh dusta...

biarlah rindu ini berakhir,
seiring dengan kekecewaanku...

moga dihatiku masih punya cinta,
seindah kerlipan-kerlipan bintang malam di dada langit...


IMELDA VANESSA PATRICK

(Kota Kinabalu 1 JULAI 2010)

Wednesday, June 30

**Sebuah memori**




Ku intai mimpi dinihari
pada segenap rindu yang tak bisa terungkap
mengumpul calar-calar kelukaan
yang bakal dijadikan sebuah memori duka


Ku sulam cinta dengan segala yang ada
membelai setiap kasih yang datang
pada pena dan kertas usam
hangat airmata jernih mula membasahi pipiku


Ada goresan luka pada hati
yang menyatu dalam secarik kertas
dan terbenam dalam bait-bait puisi
tentang kau dan aku


IMELDA VANESSA PATRICK
(Kota Kinabalu 30 JUN 2010)

Monday, June 28

**All in one about love..."




**Jatuh cintakah aku**

Jatuh cintakah aku?
Bila jantungku berdebar-debar saat ber'chatting' denganmu
Jatuh cintakah aku?
Bila aku tercari-cari gambar wajahmu yang sebenar
Jatuh cintakah aku?
Bila aku cemburu melihat kau mesra bersama temanmu
Jatuh cintakah aku?
Bila aku sering megingatimu
walhal aku belum ketemu denganmu
Apatah lagi berbual denganmu
Jatuh cintakah aku???





**I'm blurrr...no title just to say i'm sorry..**


Sayangku Putera mat jenin..
Terlalu kejamkah aku?
Bila aku mengabaikan dirimu
Terlalu hinakah aku?
Bila aku menerima cintamu kemudian meninggalkanmu sendirian
terkapai-kapai kelemasan di hanyut ombak badai
Maafkan aku sayang.........
maafkan aku...
kerna, mempersia-siakan cintamu yang tulus
maafkan aku...
kerna, tidak memperdulikan perasaanmu
maafkan aku...
kerna, menyakiti hatimu
maafkan aku...
kerna, mengecewakan dirimu..
sedangkan aku tidak pernah peduli akan perasaanmu
yang terlalu mencintai aku melebihi dari segalanya

Saturday, June 19

**Terima kasih untuk cintamu**




Terima kasih untuk cintamu sayang..tiada yang lebih bermakna lagi buatku selain dari cintamu. Aku masih mampu untuk menghembuskan nafasku ini kerna, kau masih ada..
Ya!kau masih ada di dalam hatiku.Tanpamu entah bagaimana lagi harusku lalui setiap langkah perjalananku kau masih tetap setia walaupun aku bukan lagi kekasihmu...semuanya adalah kehendak takdir..jalan terbaik buat kita hanyalah redha.

Andainya suatu hari nanti kau ada penganti untuk diriku cintai dan sayangilah dia sepertimana kau mencintai dan menyayangi diriku kerna, perjalanan kisahmu takkan berulang lagi sepertimana cinta kita terkubur di pertengahan jalan. Maafkan aku seandainya kata-kataku ini membuatkan luka hatimu bertambah. Tidak pernah terlintas di hati ini untuk mengecewakanmu sayang..membuatkan kau terluka sama seperti aku menikam jantungku sendiri.

Hanya mampu kutitipkan doa moga kau bahagia bersamanya walau kebahagiaan itu bukan datang dariku ketahuilah aku turut bahagia di sini kerna, kau sudah sebati dengan darah yang mengalir dalam tubuhku....seandainya kau rindu padaku,titipkanlah rindumu pada angin bayu yang bertiup. Usahlah kau menangis sayang..kerna, pergiku bersama cintamu jua. Kau akan sentiasa berada dihatiku...untuk selamanya..


P/S:Ditujukan buat seorang insan teristimewa yang pernah bertakhta dihatiku
Sayang...ketahuilah kau sentiasa ada dihatiku..


Imelda Vanessa Patrick
(Kota Kinabalu)

19 JUN 2010

Friday, June 4

**Berhenti mengharap cintaku**




Tak bisa ku mengartikan pada sebuah puisi
tentang cintaku...
tentang rinduku..
tentang hatiku..
ku hanya mampu menghapuskan kenangan semusim
yang pernah berlabuh di tepian hatiku satu tika dulu


Sepertinya aku harus memulakan bicara lagi
tentang cintaku...
tentang rinduku...
tentang hatiku...
yang pasti sampai kapan sekalipun..
kau tidak akan pernah bisa untuk mengerti


Kini sampai saatnya ku harus menutup lembaran cerita
yang pernah ku tulis dulu
tentang cintaku..
tentang rinduku..
tentang hatiku..
ku yakin waktu akan menghapus semua yang pernah ada
juga cinta kita yang ternyata hanya semusim


Ku akui hati tak bisa selalu memiliki.....
biarlah cintaku..
biarlah rinduku..
biarlah hatiku...
tak perlu lagi kau tangisi semua ini
berhentilah mengharap cinta dariku....



Imelda Vanessa Patrick,
(Kota Kinabalu)

Monday, May 31

**Alunan merdu Puisimu**

Aku berkongsi kesukaan denganmu..
aku berkongsi kegembiraan denganmu..









Setiap hembusan nafaskmu adalah nafasku jua..
setiap denyutan nadimu adalah nadiku jua..










Jiwaku makin hanyut bersama alunan merdu puisimu..
Karena puisimu bagaikan nyanyian jiwa yang sungguh mempersonakan..

Thursday, May 27

**Kuingin kau tahu**



Teman..maafkan aku
Jika malam itu aku tak menemanimu
Bukan aku tak setia…
Bukan aku mungkiri janji..
sudah lumran kehidupan azali.


Hanya kuingin kau tahu..
Seandainya ini adalah salahku…
maafkan aku..
Yang pasti aku telah mengecewakanmu


Teman,
Jika Puisiku ini adalah bacaan
terakhirmu...
Ambillah ia sebagai peringatanmu
Karena …aku ikhlas menyayangimu.


Siapa tahu …suatu saat kau akan ingat
padaku..
Kerna..aku yakin pemergianmu
bukan karena kebencian.

Thursday, May 6

**Rintihan kerinduan yang terpendam**



Ku tulis puisi dengan segenap rasa rindu resah
dalam jiwa yang terpendam dalam sanubari
menghadap mata pena tanpa bicara di bibir
melakarkan setiap bait-bait kerinduan yang terpendam


Setiap titis embun adalah suara
rintihan riwayat Kerinduanku
terlalu pedih menikam sukma
pada pepohonan kerinduan yang lalu


Tiada lagi suara bisikan mu yang akan
mengubat rindu yang terpendam
Tiada lagi belai tawamu
Semerdu angin Yang menghembus lesu
Biarlah tangisan ini menjadi rintihan
yang bisa menghiburku

Monday, April 26

Simfoni pemburu cinta




Maafkan aku kekasih..
jika kutabur kekecewaanku di beranda puisi ini
membuatkan hatimu terluka dan bersedih
hanya ingin kuluahkan ketidakpuasan hatiku
lantaran ku sedar akan kekurangan diriku
yang coba memanjat mimpi-mimpi indah dinihari
Sebelum mengenalimu..
Aku bisa sendirian mengharungi lautan samudera
meski ombak badai datang menerjang
perahu ku tetap kukuh seperti mula
Pilu..sebak..derita dan sengsara telah ku alami semuanya
Sepertinya aku harus menguntai waktu yang berlalu
dan amat payah ku rasakan untuk kita menyambung kembali
impian silam pada illusi yang tak pernah kesampaian
apatah lagi ungkapan bicara penyambung kasih
hanya kebisuan lewat puisi-puisiku kelmarin
Apakah aku berjalan dalam kesamaran
hidup bertemankan impian atau kenyataan..?
kerinduan..kegersangan..ketandusan dan kesepian
Yang seringkali mencengkam jiwa
apakah akan Ku temui sejalur cahaya kasih itu lagi?
atau mungkinkah noktah sebuah kebahagiaan ku harus
berakhir dalam satu ikatan ke jinjang pelamin?



Imelda Vanessa Patrick,
(Kota Kinabalu)

Kekasihku



Dimanakah kekasih hatiku?
mengapa kau tidak peduli pada aku yang setia
perlukah aku menunggu dirimu lagi
bila dengan sengaja kau telah pergi meninggalkanku
dan kembali pada kekasih hatimu


Dimanakah kekasih hatiku?
adakah kau berselindung disebalik awan
atau berada jauh di bintang kejora
adakah kau telah berubah hati,
setelah kucurahkan segala kasih sayangku kepadamu


Satu ketika kau keliru
ingin terbang bebas bersendirian...
kini..kau pulang kepangkuan
mungkin baru tersedar dari mimpimu
yang kau cari berada di depan mata



Imelda Vanessa Patrick,
(Kota Kinabalu)

Thursday, April 22

Tips Pujuk Kekasih Hati



Isu kali ini timbul bukan kerana aktiviti aku sebagai part time yang kepoh..hak!kah!kah!, cuma aku terfikir..Korang-korang rasa best ke kalau merajuk orang pujuk..atau kalau kamu yg kena pujuk orang yang merajuk? Serius kalo korang menyampah aku lagi menyampah..!!Pada aku bila aku diam atau merajuk aku tak perlukan orang memujuk just berikan masa untuk aku cool kembali dan fikirkan perbuatan aku tu betul atau tidak. Tapi terima kasih ler kepada boypren2 aku kerna sudi membuang masa memujuk aku nih!!ahahaha...!Jom!!kita korek tips2 yg mungkin blh membantu anda:-


1.Mulakan bicara dengan intonasi yang lembut dan tone yang paling minum.Tapi at least boleh dengar la..kalo tak leh dengar awak gunakanlah mikrophone ker...Hihihih..

2.Gunakan panggilan yang paling ROMANTIS cthnya….sayang ker….yank ker…darling ker..honey ke..dear ke..dan yang sewaktu dengannya..jgn smpi ada yg melayang dah ler..wakaka!lantak la wak nak panggil ape..

3.Bila cakap tu cuba tangkap anak mata dia..kalo tak dpt tangkap kejar smpi lubang cacing..ekeek!.Lepas tangkap simpan dalam sangkar yer.Kekke..pastikan anak mata dia tengok juga mata awak smpi juling.Bagi kuRang sikit rajuk hatinya tu.kalau yg memang da juling tu tak tahu la...hehehe...

4.Berikan alasan dan keterangan yang paling logik yang boleh masuk kepala hotak dia.Takder alasan create bagi dia puas hati tahap cipanzi..miakaka!.

5.Jgn gunakan bahasa kasar,kesat atau gunakan keganasan kerana itu akan menimbulkan lagi ketegangan.Pada si wanita janganlah sampai gigit bf dah ler...sia2 tak berlaki awak karang..wakakaka!!!

6.Kalau masih tak berkesan..say “hi2 Bye –bye(ezlyn)..awak kahwinlah dan hidup ngan monyet kat hutan lagi bagus!”…….sure dia tak nak dan kejar awak.Percayalah………

"SELAMAT BERJAYA!"

Tuesday, April 20

**Puisi jiwang**



Aku sedari bila tanpa dirimu
Putaran bumi ini seakan terhenti
terasa kaku dan tidak bernyawa


Mandi ku tak basah
tidur ku tak lena
makan ku tak kenyang


Adakah kau rasa...?
jiwaku sesak dan kosong
sebak dan pilu..


Aku bisa terus menunggumu
meskipun di lorong yang gelap dan suram
andai saja ada kamu bersamaku...



Imelda Vanessa Patrick,

(Kota Kinabalu)

Friday, March 26

**Puisi bisu untukmu**




Betapa sukarnya untuk ku menyusun bicara
pada insan yang tidak pernah mengerti
ingin ku ungkapkan kata yang telah lama terkubur
agar tiada rahsia yang tersembunyi di hati ini
biar saja puisi bisu ini yang berbicara
kerna lidah ku kelu..bibir ku kaku..


Aku menyepi bukan kerna ku benci padamu
aku menyendiri bukan kerna ku dendam padamu
Pedih di hati pabila mengenangkan dirimu
Sedih di hati pabila mengingati perpisahan ini
kerna pertemuan kita bagaikan nostalgia yang datang dan pergi
yang pernah memaut kemesraan cinta antara kau dan aku


Usah kau tanya pada bulan mengambang
Usah kau tanya pada bintang bekerlipan
Hati ini tidak pernah meminta untuk dicintai sekali lagi
hanya aku yang menghitung resah di saat kerinduan datang menyapa
tiada lagi kata dan makna pada puisi bisuku ini
hanya huruf tanpa noktah yang mengiringi pemergianku


Aku sudah tidak bisa berbicara padamu
walaupun kekadang hati terasa ingin berkata
namun Ku Pendam semua kerinduanku sendiri
Kerinduan untuk berbicara denganmu
tentang hakikat sebuah cinta
pada secercah harapan yang kau titipkan untukku



Imelda Vanessa Patrick,
(Kota Kinabalu)

Saturday, March 20

**Saatnya ku harus pergi**




Waktu terus berlalu pergi tanpa henti
saat kau turun seiringan dengan titisan embun pagi
ku terpaku pada kata-kata manis dari bibirmu
ku hentikan langkah kakiku untuk sedetik
terbit keinginan untuk dicintai dan mencintai
terbuai harapan hingga ku terlupa akan kesedaran diriku


Ku bangun dengan harapan yang tak kunjung ada
menemani mimpi-mimpi palsu panjangku
yang kini menghiasi kamar tidur sepiku
Mimpi terindah yang belum pernah kurasakan
Ku rela tinggalkan puisi-puisi syaduku
walaupun sebenarnya itulah puisi yang indah untukku


Lantas setitik cahaya datang menghampiriku
memancarkan sinaran terang di pagi gersang
seakan cuba memberikan ku seruan nafas baru
membangunkan tidur panjang yang menutupi mataku
Ku cuba keluar dari tembok yang membentengiku
walau titisan keringat mengalir deras


Kini saatnya ku harus pergi..
mengharungi samudera yang selama ini tertunda
meninggalkan waktu yang telah terlewati
yang selama ini menghalangi langkah kakiku
Demi mengapai suatu keajaiban di alam syurgawi
selamat tinggal masa lalu....




Imelda Vanessa Patrick
(Kota Kinabalu)

20/03/2010

Monday, March 15

**Biarkan ia berlalu**



Tiada apa yang perlu aku kesali lagi
lantas pada kata-katamu sebentar tadi
yang datang bagaikan
guruh berdentum di awan kelam
menanti saat hujan turun membasahi
pasir-pasir gersang
Yang pergi bagaikan kilat
memancar hanya sekelip mata
Segalanya gelap untuk sedetik waktu
untuk sesaat yang telah berlalu pergi..
biar saja ia pergi...


Aku masih bersendirian di sini
Entah untuk apa..
Yang pasti aku kecewa
terlalu kecewa..
Pada kata-katamu sebentar tadi
Ah!biarkan saja ia berlalu..
Pasti luka itu akan pergi jua


Bilang saja aku yang pergi
meninggalkanmu..
pasti lukamu akan cepat sembuh
Bilang saja aku dustai cintamu
pasti kau tak akan kecewa lagi
Biarkan saja ia berlalu..
Ah!biarkan saja cinta kita terkubur..
Yang pasti aku teramat kecewa..
Lihat saja manik-manik pada kelopak mataku
itulah airmata kekecewaanku untukmu..


Imelda Vanessa Patrick,
Kota Kinabalu

Wednesday, March 10

**Ku terima suratan takdir**




Tersedarku dari mimpi indah
di alam impian cinta teringat sumpah janjiku
kepadamu cintaku ini tiada duanya tetapi takdir telah
menentukan perpisahan di antara kau dan aku
inikah suratan takdir yang terpaksa ku terima?

Bersama janji setia kubawa pergi kenangan cinta kita
mengharapkan moga suatu hari nanti
masih ada sinar kebahagiaan untukku bina kembali
mahligai cinta yang telah musnah dengan harapan
cinta kita bisa mekar seperti dahulu

Setiap butiran pasir di pantai
kurasakan seperti serpihan-serpihan kaca
yang harus ku pijak untuk mendapatkan cintamu kembali
Ku gagahi langkah kakiku demi cinta tulus untukmu
Agar kau tahu cintamu adalah nadi yang hidup dalam jasad ku..


Imelda Vanessa Patrick
(Kota Kinabalu)

**Maafkan aku sayang..**




Sayang..Tidak terdaya untukku melafazkan perpisahan ini
Namun, aku terpaksa kerna aku tidak ingin kau terlalu menaruh harapan tinggi
yang tidak mungkin akan tercapai sampai bila-bila pun
teringin rasanya aku memeluk dirimu untuk saat sebegini dan mungkin juga untuk saat yang terakhir kalinya...biarlah aku menangis sepuas-puasnya..biarlah aku luahkan segala yang terpendam di dalam hati ini...
sebagaimana yang kau rasakan saat ini..itulah juga yang aku rasakan pada waktu dan ketika ini...
Sayang..Hatiku menangis keranamu...
walaupun tidak kau lihat ketahuilah bahawa hati ini telah mulai berdarah
dan darah yang mengalir itu adalah sebagai bukti cintaku untukmu
sepertimana cinta yang kau harapkan dariku dahulunya telah kuserahkan kepadamu...
aku telah memberikan kau sedikit ruang untuk bertakhta di hati ini
yang akhirnya membuatkan aku dan kau kecewa lagi...
Apapun keputusanmu..aku terpaksa terima...semoga saja di hadapan sana
akan ada hari-hari bahagia yang menantimu..
Pergilah sayang..usah kau menoleh ku lagi..
kerna aku tidak ingin kau melihat aku menangis...

Friday, March 5

**Malam yang sepi**



Di malam yang sepi..
Angin malam mendesau menyentuh sukma menyapa lembut keping-keping jiwaku
Meliuk syahdu di antara temaram yang menjelma dalam kepekatan malam
Kupungut lembar-lembar dedaunan yang berguguran di sudut hatiku
Sesekali kutatap langit malam kelihatan bulan separuh purnama di sebalik awan tipis


Di malam yang sepi..
Angin malam hantarkan nyanyian syahdu hingga ke palung-palung kalbu
Membaluti koyak hatiku dengan getaran rinduku jelas terpancar di dada
Lantas cintamu telah menghanyutkan luka di setiap sudut hatiku
dan melarutkan sisa-sisa pilu yang semakin membeku di telaga mataku


Di malam yang sepi..
Ku bawa diri meninggalkan jejak-jejak silam menyambut kembali malam sepi
ku hanyutkan malam suram dengan bayangan pada separuh wajah rembulan
seharum angin malam menyapa wajahku tatkala sepi menemani anganku
Ku lontar jauh seribu kenangan lalu bersamamu yang membelengu sarat sanubariku

Sunday, February 28

**Untuk senja yang terakhir**




Berderai airmataku saat kau ucapkan kalimah lafaz terakhir
Langit kelihatan redup seakan mengerti akan perasaan gelisah ini
Seperti mimpi-mimpi semalam yang tidak pernah akan lupus dari ingatan
Sementara senja bertukar wajah menjadi terang


Namun mata hati ini masih terlelap mengharapkan siang tidak pernah ada
Seharusnya aku sedari hakikat bahawa cinta kita tidak akan pernah bersatu
Moga saja kau akan bertemu dengan insan yang selayaknya untuk
mendampingi dirimu kerna ku tahu cintamu bukan untukku


Gugur sudah bunga-bunga cinta yang kita semai selama ini
Bagaikan dedaun layu yang jatuh berguguran menyembah muka bumi yang fana
sementara menanti musim bunganya tiba di penghujung abad
Pergiku diiringi doa buatmu yang jauh di kepulauan borneo


Jauh di dasar hati kecil ku ini cintamu tetap mekar harum
Andai pertemuan dulu diabadikan sebagai penentu hari esok
Ingin rasanya ku mencari sinar abadi untuk kebahagiaan di syurgawi
Agar cinta ku masih bisa berlabuh di sudut hatimu

Friday, February 26

**Suara hatiku**





Cebisan suara hatiku telah kuilhamkan menjadi puisi cinta
Berkumandang menjadi senandung malam
Masih terasa getaran hati ini saat kau bisikan ucapan cinta
Ungkapan kata yang kau luahkan penuh harapan
Bagaikan sebuah simfoni dalam jiwa yang telah membuka pintu hatiku


Telah kucuba menyingkap kembali hari-hari asing itu
Melontar jauh segala kepahitan yang penuh misteri
Titisan airmataku telah menyatukan aku dengan dirimu yang patah hati
Seulas senyuman yang menjadi tanda kebahagiaan buatmu saat kewujudanku
Cintaku umpama tunas pesona jiwa yang harus kau ciptakannya dalam sesaat


Inilah suara hatiku yang harus kuucapkannya dan abadikannya dalam jiwa
Sepertinya aku baru menyedari akan keabadiannya cinta yang kau berikan
Aku hanya ingin mencintaimu dengan sederhana seperti bulan purnama
yang tetap memancarkan sinaran kaku saat gerhana melewati alam semesta
Andai takdir kau adalah Arjunaku akan kucintaimu hingga ke akhir hayatku..

Wednesday, February 10

Terungkailah Misteri Kejora



Sendirian ku termanggu di sisi tirai malam
Menatap indahnya kerlipan-kerlipan bintang di dada langit
Ternyata sang rembulan masih bermaharaja lela dengan sinarannya yang terang diangkasa
Menerangi setiap pelusuk celah-celah langit yang dihiasi berjuta-juta bintang
Pastinya limpahan kejora malam yang belum mampu untuk mengalahkan sinaran sang rembulan yang hanya satu
Di antara kemilau berjuta-juta bintang bertabur memperlihatkan diri di pelusuk malam
Sesekali kelihatan kerlipannya yang kian padam ditelan kabus malam yang kelam
Hanya tinggal cahaya sang rembulan yang masih kelihatan begitu gagah sekali
Akukah bintang kejora itu??
Yang hanya muncul tika malam menjelma??
Dan lenyap tika malam bertukar menjadi siang
Akukah bintang kejora itu??
Yang hanya muncul tika dada langit selembut sutera malam??
Dan lenyap tika rintik-rintik hujan membasahi bumi yang fana.
Terungkailah misteri sebutir bintang kejora
Betapa kerdilnya diriku andai aku hanya sebutir bintang kejora
Yang tidak mampu memancarkan cahaya seindah sang rembulan menerangi setiap sudut pelusuk cakerawala...

Saturday, February 6

Hati yang telah kecewa

Lewat bicara hati pada senja ini..
Tersembunyi kekecewaan yang telah lama terpendam jauh di lubuk hati
Kekecewaan yang telah mengajar aku erti sebuah kehidupan
Justru menimbulkan kesedihan dan kebencian pada insan-insan arjuna
Sehinggakan seluruh jiwa ini dipenuhi oleh atmosfir api kemarahan
Sekaligus melenyapkan setiap rasa cinta dan kasih sayang ku untukmu


Satu persatu kenangan indah bersamamu telah terhapus oleh titis-titis airmataku
Hati ini tidak mungkin akan bersatu kembali kerna terselit kebencian dilubuk hati ini
Telah ku redah danau cinta yang berduri namun yang kutemui hanyalah sebuah kekecewaan
Dedu-debu cintaku yang berterbangan telah pergi jauh meninggalkanmu
Menandakan sebuah percintaan antara kau dan aku yang telah sampai ke penghujungnya


Tiada lagi tembok cintaku yang terbina kukuh sekian lama dahulunya
Hanya tinggal serpihan-serpihan hatiku pada sebuah cinta yang telah retak
Setiap detik hatiku selalu berbisik cinta…mengapa kau menemukan aku dengannya??
Tiada guna penyesalanmu kerna, pemergianku tanpa menoleh kepadamu lagi
Aku tiada keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan terhadap cintamu..cinta, biarlah aku pergi...

Wednesday, February 3

*Liku-liku kehidupan*

Perjalananku bermula di sini..
Hidup yang hanya berbekalkan ketabahan dan keyakinan diri
Setiap kali aku jatuh tersungkur akan ku bangun kembali dengan gagahnya
Kerna, semangat yang ada dalam jiwaku ini sentiasa berkobar-kobar
Biar apa kata mu aku tetap aku..


Langkah demi langkah aku menyusuri danau-danau berduri..
Sesekali langkah kakiku terhenti, berputus asakah aku?
Kerna, setiap kali aku melangkah akan ada suara-suara sumbang
yang seakannya gembira ingin melihat aku jatuh tersungkur lagi
menyembah bumi yang fana ini
Tidak!!langkah kakiku tidak akan pernah henti selagi nafas ku masih ada


Aku akan bangun dan terus bangun dengan megahnya..!
Tidak akan sekalipun aku tunduk kepada manusia-manusia sepertimu
Aku adalah aku dan akan selama-lamanya aku
Didadaku masih tertanam azam yang sama seperti dahulunya
Akan kutempuhi jua biar sekukuh mana tembok halangan yang kau bina untukku
Demi kejayaan yang kucari aku sanggup untuk melalui liku-liku hidup ini

Monday, January 25

**Cintamu hanya dusta**

Kadangkala aku kuat setegar batu karang di lautan dalam
Kadangkala aku rapuh terlalu lemah hinggakan tidak mampu berdiri teguh lagi
Setelah jauh aku berjalan meredah onak dan duri justru apa yang aku dapat?
Semakin jauh kakiku melangkah..semakin pedih yang aku rasakan
Dan perjalanan jauh itulah yang lebih menyakitkan aku..
Inikah sepenggal dusta yang mesti aku lalui untuk mendapatkan cintamu?


Sekelilingku hanya kedengaran suara bisikanmu yang merdu
Rintik-rintik hujan seakan airmataku walau aku bukanlah arjuna
Cinta itu bukanlah segalanya di saat kau berdusta
Kerna, cinta dan dusta itu selayaknya tak harus berjalan seiringan
Untaian kata dalam melukiskan kepedihan dan kesedihan malam senjaku
Begitu mudah sekali kau membuat keindahan warna jernih cintaku menjadi keruh


Sampai saatnya aku harus pergi jauh meninggalkan dirimu
Mengapa semudah itu kau menitipkan luka pada bunga jiwaku?
Padahal kaulah yang memberikan aku segunung harapan untuk bersamamu
Segalanya telah berakhir kini..biarkan saja cinta itu berlalu..
Tiada yang bisa membuatkan aku berhenti untuk menitiskan airmata
Kerna, cinta yang kau berikan hanya dusta belaka..

Saturday, January 16

**Engkau masih kekasihku**

Telah ku cuba untuk menjadi yang terbaik buatmu
Aku sentiasa ingin percaya bahawa cintaku tidak sia-sia
Kerna ku yakin ada cinta dihatimu untuk aku
Bisikan kata-kata akhirmu itu terlalu menusuk jiwaku
Walau hanya sekadar ucapan kata selamat tinggal buatku
Yang entahkan bila akan kembali lagi..


Kini telah sampai saatnya aku harus pasrah kepada takdir
Terasa separuh jiwaku telah pergi meninggalkanku
Tiada lagi kata-kata cinta yang kau berikan untukku
Tiada lagi gurau senda kita berdua seperti dahulu
Segalanya sunyi...hanya ada sepi yang menyelubungi jiwa ini
Aku hanya bisa menyempurnakan kepedihan lewat senyuman yang hampa


Kau benar-benar telah pergi meninggalkan aku
Sukar untukku gambarkan kesedihan dan kekecewaan hati ini
Aku hanya mampu berserah segalanya kepada takdir
Moga suatu saat nanti kau pasti kan kembali lagi
Dan waktu itu pasti kau akan temui secercah warna pelangi.
Itulah lambang cintaku untukmu...

Wednesday, January 13

**Tangisan pilu seorang kakak**

Suara tangisan seorang kakak yang meratapi pemergian adiknya
Meraung meminta agar adiknya dikembalikan ke dunia
Terlalu sebak dan pilunya menusuk kalbu di jiwa
Terkilan akan adiknya yang bersendirian bertarung nyawa mempertahankan diri
Menyerah tidak bermaya sia-sia nyawanya melayang di tangan lelaki Durjana!


Ibu..Ayah..dan saudara-saudaramu terlalu rindu akan telatah manjamu
Meskipun kita kini ada di dunia yang berbeda
Rasanya belum puas kami bergurau senda denganmu
kau pergi meninggalkan kami menyambut panggilan ilahi
Hanyaku mohon moga kau ditempatkan di kalangan yang beriman


Tenanglah dirimu di dalam kedamaian syurgawi adikku..
Biar kata-kata bicara ku hanya bersama yang ESA
Esok pagi mu akan bersinar indah di temani sang mentari..
Kau tidak kesepian kerna bulan dan bintang akan sentiasa menemani tidur mu
Pejamkanlah matamu..Tidurlah adikku sayang..

**Manusia Durjana!**

Perit untukku tabahkan hati selagi nyawa di kandung badan
Betapa manusia alpa pada kepuasan nafsu binatang
Mudah sekali syaitan merasuk badan hingga iman mengelabar
Sengsara mangsa bertarung nyawa yang melayangnya sia-sia ditangan durjana
Meraungnya minta dikasihani tidak diendahkan


Suara sayu si kecil yang merayu meminta belas kasihan
Syaitan berpesta hinggakan meragut kesucian anak-anak adam
Betapa dunia sungguh kejam mengundang sengsara manusia!!
Hanya ratap tangisan menyambut jasad yang tidak bernyawa lagi
Dugaan apakah yang aku hadapi ini??


Bagai diulit mimpi si durjana mengerjakan helah syaitan
Akur pada suara-suara bisikan iblis yang telah menguasai seluruh iman
Mengundang musibah pada diri sendiri
Di akhirat nanti hanya antara kau dan DIA
Hukuman setimpal atas perbuatan bodohmu..wahai manusia durjana!!

Tuesday, January 12

**Titisan embun pagi**




Titisan embun pagi menakung gersang di pagi keresahan
Bagaikan menadah gerimis setiap titisan airmataku
Sebelum akhirnya jatuh ke tanah menyembah bumi
Maka Sang mentari pun menghamburkan sinarnya dengan megah


Tatkala embun pagi terus-menerus mencurahkan cintanya pada daun keladi
Saat itulah titisan embun melimpah keluar mengejutkan pasir yang kegersangan
Deras titis-titis airmataku yang hangat jatuh membasahi pipi
Seperti ratap tangis yang tercurah sia-sia pada insan yang kaku


Bicara bibir tersiratnya Kelembutan yang mendamaikan jiwa tika lara
Kegembiraan jelas terukir saat jernih hujan turun memyirami alam semesta
Sejernih air yang mengalir perlahan memenuhi kolam kelopak mataku
Derasnya terbatas turut menjiwai kesedihan pada pemiliknya

Tuesday, January 5

**Nostalgia lampu Pelita sakura**

Jasamu yang tidak terhingga tak akan luput dalam ingatanku
Malamku hanya bertemankan Kilauan cahayamu yang menerangi kamar alam
Yang menemaniku kala aku membuat kerja-kerja sekolahku
Hinggakan mampu membawaku kearah kejayaan hidup
Padahal kau hanyalah sebuah lampu pelita yang telah usang


Sinar kilauan cahayamu memancarkan sinaran sepenuh rela
Betapa dalam kegelapan maya engkau masih sudi menemaniku
Sanggup membakar diri demi menerangi malamku yang kelam
Kujelajahi malam tanpa bimbang bersama sisa-sisa cahayamu
Moga esok kau masih setia bersamaku seperti hari-hari kelmarin


Di setiap sudut kamar cahayamu menerangi kepekatan malam
Asap yang kadangkala membuatkan hidungku berubah warna kehitaman
Namun kerna jasamu yang telah banyak mencurahkan bakti kepadaku
Sehingga kini kau masih tetap menjadi teman tidurku
Walau kadangkala asap jahat yang kau curahkan membuatkan pagiku gelisah


Dahulunya kehadiranmu bagaikan suatu anugerah
Lama kelamaan engkau ditinggalkan selepas wujudnya kemodenan dunia
Rasanya kini jasamu semakin dilupakan manusia rakus
Mengakhiri sisa-sisa hidupmu tanpa sinar cahaya terangmu lagi
Kenangan itu akan sentiasa mekar dihatiku untuk selamanya