Saturday, January 16

**Engkau masih kekasihku**

Telah ku cuba untuk menjadi yang terbaik buatmu
Aku sentiasa ingin percaya bahawa cintaku tidak sia-sia
Kerna ku yakin ada cinta dihatimu untuk aku
Bisikan kata-kata akhirmu itu terlalu menusuk jiwaku
Walau hanya sekadar ucapan kata selamat tinggal buatku
Yang entahkan bila akan kembali lagi..


Kini telah sampai saatnya aku harus pasrah kepada takdir
Terasa separuh jiwaku telah pergi meninggalkanku
Tiada lagi kata-kata cinta yang kau berikan untukku
Tiada lagi gurau senda kita berdua seperti dahulu
Segalanya sunyi...hanya ada sepi yang menyelubungi jiwa ini
Aku hanya bisa menyempurnakan kepedihan lewat senyuman yang hampa


Kau benar-benar telah pergi meninggalkan aku
Sukar untukku gambarkan kesedihan dan kekecewaan hati ini
Aku hanya mampu berserah segalanya kepada takdir
Moga suatu saat nanti kau pasti kan kembali lagi
Dan waktu itu pasti kau akan temui secercah warna pelangi.
Itulah lambang cintaku untukmu...