Saturday, September 12

**^^**

Aku baru sahaja menerima SMS email daripada adikku.."miss u sis............dnt wry bout me hre k....whrever i go i owez pray 4 tke cre of myself......luv u so much....."..sedangkan selama ini aku tidak rapat dengan adik-adikku dan aku tidak pernah menerima SMS email dengan kata-kata sebegini daripada adikku.Segalanya berubah sejak kami kehilangan salah seorang ahli keluarga kami.Mungkin semua yang berlaku kebelakangan ini telah membuatkan fikiran adik-adikku berubah.Rasanya seperti aku ingin menangis kerana terlalu gembira dengan perubahan ini..begitu besar sekali kuasa Tuhan.Terima kasih di atas segala yang telah kau berikan kepadaku Ya Tuhan..
Kalau boleh aku ingin segalanya berjalan lancar pada tahun ini..dan tahun-tahun seterusnya

**Pemergianku hanya seketika**

Oh Tuhan..di saat ini aku berada dalam situasi yang sukar untuk aku gambarkan..Aku sendiri tidak pasti..aku sepertinya masih mercari-cari sesuatu.Tapi, entah apa yang aku cari sebenarnya.Aku rasakan kekosongan yang teramat sangat..aku bingung, tak tahu apa yang harus aku lakukan ketika ini.Untuk apa aku hidup di dunia ini oh Tuhan?

Kadangkala..aku seperti ingin bersendirian..dan di waktu itu jugalah akan kedengaran suara-suara bisikan seseorang..yang sering mengangguku ketika aku sibuk melayani perasaanku.Aku begitu tertekan dengan keadaan seperti ini.Aku ingin mencari ketenangan..walau hanya seketika.

Dan kadangkala..fikiranku kosong..mataku memandang jauh kehadapan..tetapi aku sendiri tidak pasti apakah yang aku fikirkan saat itu.Mungkinkah, oleh kerana aku terlalu banyak berfikir maka satu pun tidak lekat di fikiranku?Terlalu banyak yang aku fikirkan...tentang masa hadapanku..keluargaku..cita-citaku ini..yang entah bagaimana..?

Akhir-akhir ini, aku semakin berasa bosan dengan kehidupanku..setiap hari aku hanya lalui perkara yang sama..lagi pula ketika ini aku berada jauh dari keluarga..jauh dari teman-teman..tiada tempat untukku mengadu sekiranya aku perlukan seseorang untukku meluahkan perasaanku ini.

Sepertinya, aku putus asa..aku sedih dengan keadaan ku ini..kenapa aku yang kau pilih untuk lalui semua ini?Aku hanya insan biasa..aku tidak kuat untuk melalui ujianmu ini.Ya Tuhan..Berilah aku kekuatan..tabahkanlah hatiku..kuatkanlah semangat ku agar aku bisa lalui semua ujianmu kepadaku..

Oh Tuhan..adakah kau sedang mendengar kata-kataku ini?