Saturday, August 1

Sekadar luahan hati ini.

Betapa hari ini, aku benar-benar rasa tak bermaya..terlalu letih setelah apa yang telah kulalui semalam dan mungkin akan ada seterusnya..Aku harap agar kau dapat memahami situasiku ketika ini.Tiada siapa lagi yang aku percayai ketika ini selain dirimu..janganlah kau kecewakan diriku ini.Rasanya sudah cukup segala keperitan yang kulalui.Tidak mampu rasanya untuk aku melaluinya lagi.Bukan senang untuk aku mempercayai seseorang lelaki..lebih-lebih lagi kau berada jauh dariku.kadangkala aku terfikir, kenapa begitu mudah aku mempercayai dirimu? sedangkan aku bukannya seperti ini sebelumnya..seperti ada sesuatu menarik tentang dirimu yang terus membuatkan aku ingin mengenalimu dengan lebih dekat lagi..
Sejenak fikirkan..bagaimana mungkin kita boleh bercinta sedangkan kita tidak pernah ketemu?Ah!aku sendiri kebingungan...adakah benar yang kita bercinta....atau hanya suka-suka sahaja.Atau mungkin kau hanya ingin mempermainkan diriku ini?
Mungkin juga kau pernah kecewa dahulu dan ingin membalas dendam kepada kaum hawa..?
Aku sentiasa mempunyai prasangka buruk terhadapmu setelah apa yang telah kulalui selama ini....bagaimana bisa aku tapis segala prasangka terhadapmu.
Adakah kau benar-benar ingin bersamaku..atau setelah kejadian semalam kau telah berubah hati?
Masihkah ada ruang untuk aku terus bertakhta dihatimu.?

Renungkan seketika.

Kadangkala kesibukan mejalankan tugas-tugas seharian membuatkan kita lupa akan tanggungjawab kita untuk menunaikan kewajipan kita sebagai umatNYA.Cuti hujung minggu pula kita habiskan dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah.Harus diingatkan apa yang kita lakukan adalah datang daripadaNYA.Kehidupan yang kita lalui pada hari-hari yang yang berlalu tidak kira dalam apa keadaan sekalipun adalah atas kehendakNYA.Sebagai umat kristus, adalah wajip untuk kita mendekatkan diri kepadaNYA.Meminta petunjuknya dalam segala hal tidak kira baik atau buruk kerna, segala yang kita lalui itu ada hikmah disebaliknya.Namun, pernahkan anda terfikir..sampai bila anda akan mampu bertahan dengan keadaan seperti ini?

Manusia telah dicipta untuk menikmati persekutuan dengan Tuhan. Tetapi oleh sebab kekerasan hatinya, manusia memilih jalannya yang tersendiri sehingga persekutuannya dengan Tuhan terputus. Menurut Alkitab, kekerasan hati ini sama ada dalam bentuk sikap memberontak ataupun sikap tidak peduli ialah dosa.Menerima Kristus melibatkan pertaubatan, dan mempercayai bahawa Kristus akan masuk ke dalam hidup kita untuk mengampunkan dosa kita dan menjadikan kita manusia mengikut kehendak-Nya. Hanya bersetuju bahawa Yesus Kristus ialah Anak Tuhan dan Dia mati di atas salib kerana dosa kita adalah tidak mencukupi. Begitu juga dengan pengalaman emosi. Kita mesti menerima Yesus Kristus melalui iman sebagai tindakan nekad kita.

Oleh sebab Tuhan amat mengasihi dunia ini, Dia telah memberikan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap manusia yang mempercayai-Nya tidak akan binasa, tetapi beroleh hidup yang kekal dengan menghantar Anak-Nya, Yesus Kristus, supaya mati di atas salib bagi pihak kita demi menebus kita daripada dosa.



"Tuhan Yesus, aku memerlukan Engkau. Terima kasih kerana mati di atas salib untuk mengampunkan dosa-dosaku. Aku membuka pintu hatiku dan menerima Engkau sebagai Penyelamat dan Tuhanku. Terima kasih kerana memberi hidup yang kekal kepadaku. Jadikanlah aku seorang peribadi mengikut kehendak-Mu. Amin."

Adakah doa ini menyatakan keinginan hati anda?