
Perbincangan mengenai topik ini jarang sekali dilakukan..apatah lagi berbincang secara terbuka bersama rakan-rakan mahupun pihak-pihak yang terlibat. Mungkin kita tidak pernah terfikir mengenai hal sedemikian. Kerna, kita percaya bahawa Tuhan itu maha pengadil. Adakalanya kita hanya berserah kepada Tuhan..kata orang 'JODOH ITU DI TANGAN TUHAN'. Namun, pernahkah kamu mengalami kejadian sebegini dan apakah tindakan yang kamu telah lakukan?. Mungkin sesetengah berpendapat bahawa topik-topik dan masalah sebegini adalah perkara biasa yang sering berlaku.
Kadangkala, perkara sebegini membuatkan saya terfikir..apa faedah yang telah kita dapat?Bangga dengan diri kita?? Bahagia setelah melihat keruntuhan istana orang lain??..apa pula pandangan masyarakat terhadap diri kita??Malahan, bagaimana perasaan anda apabila digelar sebagai 'Perampas suami/isteri orang??Hal ini telah membuatkan saya berasa sungguh sedih dengan kejadian yang menimpa sesetengah masyarakat kita. Fikirkanlah...bayangkanlah anda yang mengalami kejadian sebegini...Sungguh sengsara bukan??Bertahun-tahun kita menjaga dan mempertahankan rumahtangga kita..hanya kerana wujud orang ketiga istana yang kita bina telah musnah begitu saja.
Namun, bagi sesiapa saja yang berada dalam situasi telah dirampas suami/isteri..berbanyakkanlah bersabar..'sabar itu adalah separuh daripada iman kita'. Jangan kita mudah menyerah kalah atau berputus asa. Cubalah berusaha dengan sedaya upaya pertahankan hak dan mendapatkan balik apa yang telah menjadi milik kita. Kerna, bukan senang untuk kita membina istana yang telah kita semai dengan cinta dan kasih sayang selama bertahun-tahun dengan pasangan kita. Apabila kita telah mendapatkan kembali hak kita..hargailah pasangan kita seadanya. Janganlah letakkan seluruh kesalahan hanya kepada mereka..namun yang pastinya, cuba cari apa kekurangan yang ada pada diri kita sehinggakan cinta pasangan kita terhadap diri kita boleh tergugat apabila bertemu dengan pihak ketiga.
Oleh itu, Ingatlah bahawa tuhan itu seorang yang adil. Setiap perbuatan jahat pasti ada balasannya. 'Janganlah membina mahligai di atas keruntuhan istana orang lain'. Sebaliknya bersyukurlah di atas segala apa yang kita miliki pada hari kita..kerna, mereka juga manusia sama seperti kita yang mempunyai perasaan. Andai kata kita juga diperlakukan sebegitu, bayangkan betapa sakit dan sengsaranya batin kita.