Pencarian yang tiada penghujung...ya..kau hadir tanpa di pinta..kau pergi bila aku mula jatuh cinta padamu.kejamnya kau!!aku terus mencarimu...kau semakin menjauhkan diri dariku.Apa salah dan silapku??Andai aku bersalah hanya sejuta maaf yang mampu ku lafazkan.Jika ini yang kau pinta dariku..aku relakan..pergilah mencari kebahagianmu..mungkin kau akan jumpa yang terbaik dariku.Aku kecewa..benar-benar kecewa...entah yang keberapa kali.
Sajak ini bukan nikilanku..hanya kutujukan buat tatapanmu mungkin buat kali yang terakhir...siapa tahu..aku akan pergi..
Pertemuan semalam, hari ini dan esok
Pertemuan semalam manisnya bagai madu yang diteguk segalanya indah membalut hati resah untuk tenang lupa pada kisah silam yang pilunya bukan kepalang
Pertemuan hari ini terasa madunya kian susut entah ... tertahankan ia pada hukum alam menghakis sirna yang mendatang kekal pada azali kejadian
Pertemuan hari esok makin sukar untuk aku meramalkan mungkin kemanisan itu akan hilang terus tapi aku pasti madu itu pasti akan kembali terisi andai pertemuan dulu diabadikan sebagai penentu hari ini dan esok.
Kau datang lagi.. Kala aku sendiri kau datang lagi menghamparkan duri-duri menikam batin ini dengan ganasnya tiada rasa simpati
Aku tahu kau telah berjanji akan mengheretku bersamamu selagi aku bernyawa dan terus berjuang menuju jalan yang telah disuratkan
Kau tak pernah puas dengki dengan kejayaanku benci dengan perlakuanku malah kau campakan aku agar aku terjatuh seperti dirimu
Usahlah dikau berselindung aku tahu siapa engkau dan siapa aku
Insan............. bila kita mencermin diri, adalah sebaliknya seminit dengan mendalam engkau menatap engkau tanya satu soalan kepada insan dicermin untuk siapakah engkau sememangnya.................
sukar........ hidup seribu insan namun pasti ada suratan pasrah akan menyahut biarpun pahit namun tetap akan ditelan kerana hidup sukar dimengertikan ibarat mimpi dalam khayalan.
Seandainya diri ini bisa berkata-kata ke seluruh dunia juga adanya suara yang kuat bergema akan kulontarkan satu kata biar ia berserakkan di mana-mana biar ia tertusuk di sanubari remaja, dewasa, lelaki, wanita... bahawa dunia ini kian hampir akan hujungnya dunia ini sudah terlalu tua dunia ini hanya menunggu masa untuk binasa hapuskanlah persengketaan koyakkan segala kekejaman lunturkan segala maksiat segala kejahatan bersihkan diri dengan air suci agar ia tidak hitam lagi seandainya itu yang bisa kulakukan alangkah damainya diri ini lantaran hati tidak tertanggung lagi kesedihan, keperitan melihat segala titik hitam yang semakin membesar... terlalu besar takutnya... jika kita dilaknati takutnya... jika kita tidak dirahmati takutnya... jika kita enggan diberkati aduhai semua cukuplah membalut diri dengan dosa kita di akhir zaman kini pantaskan kaki mencari sinar abadi untuk kebahagiaan yang menanti di syurgawi...