Kadangkala kesibukan mejalankan tugas-tugas seharian membuatkan kita lupa akan tanggungjawab kita untuk menunaikan kewajipan kita sebagai umatNYA.Cuti hujung minggu pula kita habiskan dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah.Harus diingatkan apa yang kita lakukan adalah datang daripadaNYA.Kehidupan yang kita lalui pada hari-hari yang yang berlalu tidak kira dalam apa keadaan sekalipun adalah atas kehendakNYA.Sebagai umat kristus, adalah wajip untuk kita mendekatkan diri kepadaNYA.Meminta petunjuknya dalam segala hal tidak kira baik atau buruk kerna, segala yang kita lalui itu ada hikmah disebaliknya.Namun, pernahkan anda terfikir..sampai bila anda akan mampu bertahan dengan keadaan seperti ini?
Manusia telah dicipta untuk menikmati persekutuan dengan Tuhan. Tetapi oleh sebab kekerasan hatinya, manusia memilih jalannya yang tersendiri sehingga persekutuannya dengan Tuhan terputus. Menurut Alkitab, kekerasan hati ini sama ada dalam bentuk sikap memberontak ataupun sikap tidak peduli ialah dosa.Menerima Kristus melibatkan pertaubatan, dan mempercayai bahawa Kristus akan masuk ke dalam hidup kita untuk mengampunkan dosa kita dan menjadikan kita manusia mengikut kehendak-Nya. Hanya bersetuju bahawa Yesus Kristus ialah Anak Tuhan dan Dia mati di atas salib kerana dosa kita adalah tidak mencukupi. Begitu juga dengan pengalaman emosi. Kita mesti menerima Yesus Kristus melalui iman sebagai tindakan nekad kita.
Oleh sebab Tuhan amat mengasihi dunia ini, Dia telah memberikan Anak-Nya yang tunggal supaya setiap manusia yang mempercayai-Nya tidak akan binasa, tetapi beroleh hidup yang kekal dengan menghantar Anak-Nya, Yesus Kristus, supaya mati di atas salib bagi pihak kita demi menebus kita daripada dosa.
"Tuhan Yesus, aku memerlukan Engkau. Terima kasih kerana mati di atas salib untuk mengampunkan dosa-dosaku. Aku membuka pintu hatiku dan menerima Engkau sebagai Penyelamat dan Tuhanku. Terima kasih kerana memberi hidup yang kekal kepadaku. Jadikanlah aku seorang peribadi mengikut kehendak-Mu. Amin."
Adakah doa ini menyatakan keinginan hati anda?
No comments:
Post a Comment