Tuesday, December 22

**Harapan di hujung akhirat**

Warna-warni keindahan alam terasa begitu nyaman
Mengamit segala rasa gelisah di jiwa
Bunga-bungaan yang kembang mekar di taman syadu
seringkali dihinggapi serangga-serangga penghisap madu


Sedang manusia berpusu-pusu mengejar harta kekayaan
Seringkali juga masalah datang membelangu jiwa
Istana yang dahulunya aman dan harmoni
Kini hanya tinggal cebisan-cebisan cinta yang semakin pudar


Dan aku hanya mampu memandang kaku pada segala hal
Terasa berat sekali untuk bibirku berbicara
Suaraku tetap tidak kedengaran dan hilang bersama tiupan angin bayu
Semakin lalailah anak-anak muda yang masih dibuai mimpi kota metropolitan


Masihkah ada pintu taubat yang terbuka untuk aku kunjungi?
Sedangkan waktu ajal itu kini semakin hampir kepadaku
Kelalaian dahulu telah menginsafkan seluruh jiwa dan ragaku
Agar sentiasa mengingati bahawa hidup di dunia ini hanya sementara.


P/s:Berilah komen..kalo ada yang salah..tolong perbetulkan
Saya murid yang baru belajar nie...dipersilakan dengan komen2 anda...
Saya amat menghargainya...

3 comments:

Anonymous said...

keseluruhan,baik..cuma inti sajak ini harus connect dengan tajuk.

contoh.
rangkap ke 4 tu..bukankah tujuan hidup ini harus di abadikan kearah kebaikan.

tidak sesuai lah mie..

yg betul, tujuan hidup adalah harus di abadikan kepada PENCIPTA KITA.

cadangan saja k..

Pencinta Pena said...

thanks alot...saya akan cuba perbaiki kelemahan ini.Dan saya telah pun edit balik karya ini...apa pandangan kamu?

Jubile Jimmy said...

ini ok mie.
tahniah k.

jubilee jimmy