Friday, October 16

**Erti kasih sayang dan jasa seorang ibu**



25 tahun telah berlalu, dan kini aku telah menjadi dewasa..saat ini barulah aku terfikir akan pengorbanan ibuku terhadap kami adik-beradik. Aku berasa sunggun terkilan..sedih ketika aku mengingati saat-saat keperitan hidup yang kami lalui dahulu. Kehidupan yang kami lalui segalanya serba kekurangan. Namun, ibu begitu tekun membesarkan kami tanpa mengenal penat dan lelah. Kegigihan ibu itu bekerja tidak mengenal erti panas, penat, pening yang penting baginya; anak-anak kesepuluh orang itu perlu diberi pelajaran dan makan yang cukup.

Ibu melahirkan kami, mendidik,serta membesarkan kami dengan penuh kasih sayang. Ibu tidak pernah mengharapkan balasan. Namun, sebagai anak-anak tidak pernah terlintaskah di hati bahawa `Ibu merupakan permata bagi kami'. Seorang ibu hanya mahu perhatian, kasih sayang dan belaian daripada anak-anak. Apa ertinya anak jika tidak pernah mengenang jasa? Apa ertinya kekayaan jika kekayaan itu tidak dapat memberikan sedikit kasih sayang kepada ibu. Sungguh besar sekali pengorbananmu terhadap kami, entah mengapa setelah aku dewasa aku seringkali mengabaimu. Anak seperti apakah aku ini?

Maafkan aku ibu...aku terlalu ghairah mengejar cita-citaku di rantau orang sehinggakan aku terus-menerus mengabaikan tanggungjawabku terhadapmu. Saat ini aku benar-benar rasa menyesal. Ibu, berikanlah aku peluang untuk aku membalas segala jasamu terhadapku selama ini.."Selamat hari Ibu.."

No comments: