Tuesday, September 8

**Kerana aku tahu**

Saat ini aku bangun
Bersama hati yang bergelora
Tersedu menangis didepanMu
Terkenang betapa kerdilnya aku


Kuterima dengan pasrah
Kujalin dengan doa
Agar masih ada waktu untukku
Mencari cintaMu



Hanya engkau yang menemaniku
Sedang aku terkapar lemas
Menghitung dosa sepanjang
Langkah hidupku..


Jika bukan kau yang memberi
Tidak mampu untukku melangkah
Walau setapak..
Ambillah segenap cinta dihatiku ini.

3 comments:

Anonymous said...

1.saya mo print out ni..Mie
2.ada massage yang jelas dan dan ia satu bentuk kehidupan.
3.saya akan spend time untuk ungkap rahsia massage ini,agar sepadan dengan masa ko buat dengan tenang ayat ayat ini..
4.saya akan buat muziknya yang terbaik.selepas saya memahami yang tersurat massage ini.
5.saya menghargai..saya menghargai kau.Tq

jubilee jimmy
kota kinabalu

Anonymous said...

saya sedang edit ni..sudah print out..

Jubile Jimmy said...

sudah saya print out..tengah editing ni..