Friday, September 24

Mencari Pasangan Hidup




Dalam menentukan JODOH ada 3 perkara yang kita perlu tahu:-

1) JODOH SYAITAN- Di mana Adam dan Hawa bertemu dalam keadaan yang gelap dan sunyi. Maka, akan ada pihak ketiga yang hadir menghasut utk melakukan perbuatan terkutuk yang membuatkan Hawa mengandung dan mereka berkahwin kerana malu.

2) JODOH JIN- Jodoh yg dilakukan secara paksa di mana Adam menyukai Hawa tetapi Hawa adalah sebaliknya.Maka, Adam menggunakan bomoh untuk menundukkan Hawa supaya menjadi miliknya.

3) JODOH TUHAN- Jodoh yg mempertemukan Adam dan Hawa buat kali pertama dan mereka telah jatuh cinta.Inilah yg dinamakan syurga cinta.

Warna-warni Pelangi




Aku bukan bulan
yang selalu menerangi kepekatan malam..

Aku juga bukan bintang
yang selalu menghiasi malam kelam

Apatah lagi sang mentari
yang selalu menyinari alam
lalu aku siapa??

Akukah sang pelangi
yang warnanya sentiasa mengharmonikan alam
dan memberikan sejuta persoalan?

Akukah sang pelangi
yang cuba dileraikan warnanya
dalam mencari setiap makna
pada tujuh petala warna-warna pelangi?

Leraikanlah ia dengan cinta,kasih dan sayangmu
maka kau akan temui makna disebalik
warna-warna pelangi itu.


IMILDA PATRICK LIDADUN
(KOTA KINABALU)

24/09/2010