Saturday, November 28

**Dengarkan suara hatiku**



Bicara hati ini hanya antara aku dan DIA
Tidak akan ada siapapun yang mengerti
Apatah lagi untuk cuba memahami diriku ini
Lantas itu pada siapa harus ku bicara?


Sedang senja kini kian berlalu meninggalkan aku
Dan aku hanya mampu melihat sang rembulan di angkasa
Bersama kilauan cahaya yang terang ditemani berjuta bintang
Dan aku?siapa yang ada bersamaku ketika ini?


Betapa sedih dan kecewanya hati ini
Terlalu pedih dan sakit yang teramat
Pada siapa harus kuluahkan segala isi hatiku ini?
Pada sang rembulan?butiran bintang?


Ah! dapatkah mereka memahami aku?
Apatah lagi menerangi hidupku yang dalam kegelapan ini
Sedangkan pungguk masih sudi merindui sang rembulan
Dan aku?siapa yang sudi merindui aku?

Tuesday, November 24

**Berbicaralah kepadaNYA**


Dimanakah TUHAN saat saya memerlukannya...??
Begitulah persoalan yang bermain difikiran saya sejak beberapa hari yang lepas. Saya benar-benar perlukan seorang teman sekadar untuk meluahkan segala apa yang terbuku di fikiran saya pada ketika itu. Tiada siapa pun yang datang apatah lagi bertanyakan sesuatu kepada saya. Saya hanya mampu berbicara kepada TUHAN dengan harapan doa saya akan terjawab. Namun, saya hampa..saya tidak mendapat sebarang jawapan dari persoalan saya kepada TUHAN. Waktu itu, saya begitu kecewa dan mula ragu-ragu terhadapNYA. OH TUHAN..mengapa?sedangkan saat itu saya benar-benar perlukanMU dengan harapan KAU akan mendengarkan segala doa saya. Apakah yang perlu saya lakukan??

YA TUHAN..bimbinglah saya ke jalan yang benar..bukalah pintu hati ini agar saya dapat menerima segala tadkir perjalanan hidup yang telah KAU berikan kepadaku. Sesungguhnya, saya hanya insan yang lemah dan tidak lepas dari melakukan segala perbuataan-perbuataan yang salah. Berkatilah saya dengan roh kudusMU agar saya dapat meneruskan hidup ini dengan tenang. Jauhkanlah saya daripada iblis-iblis jahat yang sentiasa cuba untuk menghasut saya setiapkali saya di landa sebarang masalah. Amen..

Monday, November 23

**Mencari cahaya cinta**



Malam sepi yang hanya ditemani sang rembulan
Kelihatannya kilauan butiran bintang itu lenyap
Tatkala hujan turun membasahi bumi yang indah
Agaknya saat ini hanya ada aku dan sang rembulan


Sinar cahaya sang rembulan kelihatan semakin redup
Adakah kerna kilauan butiran bintang tidak menemaninya?
Sedangkan aku sendirian meratap kesedihan ini
Pada siapa harus kuluahkan segala isi hatiku?


Jauh sekali untuk menangisi takdir
Airmata ini telah kering sedekad yang lalu
Hanya tinggal dedaun layu yang kian berguguran
Semakin luruh dek hembusan angin bayu


Masih adakah cinta yang dahulunya telah layu?
Sedangkan hanya tinggal aku yang bersendirian di sini
Ditemani cahaya sang rembulan dan sisa-sisa cinta ini
Yang mungkin tidak pernah kesampaian untuk selamanya.



Imilda Patrick Lidadun
(Kota Kinabalu)


Nukilan sajak telah diterbitkan di UTUSAN BORNEO
Pada tarikh: 20 Disember 2009

**Secebis cintaku untukmu**




Terlalu perit untuk kuluahkan kata-kata ini
Sedangkan kau masih juga dengan mimpi-mimpi indahmu
Kau tidak pernah cuba untuk memahami perasaanku
Betapa aku terlalu kecewa dengan dirimu


Semakin aku cuba untuk mendekati dirimu
Saat itu juga kau akan pergi meninggalkanku
Apakah tidak cukup dengan segala kasih sayangku?
Setelah segalanya telah aku korbankan untukmu


Adilkah kau menghukum aku sebegini?
Atau hanya akukah yang bertepuk sebelah tangan?
Sedangkan cintamu itu bukan untukku
Mungkin hanya aku yang terlalu mengharap akan cintamu


Fahamilah aku walau hanya sebentar
Hargailah cintaku walau hanya sedikit
Hanya ini yang mampu kuberikan padamu
Secebis cinta yang tulus dan ikhlas buatmu

**Hati yang kecewa**




Kasih maafkan diri ini..
Bukan niat di hati ingin mengecewakan dirimu
Apatah lagi melihat kau menderita begini
Pergiku bukan bererti aku kalah


Memujuk hati yang sedang lara pun terlalu sukar
Inikan pula melihat cintaku diduakan
Oh!tidak..aku tidak sanggup lagi!
Cukuplah sekadar aku mendoakan kebahagiaanmu


Kasih..diri ini telah lama menderita
Namun, kupertahankan hingga ke saat ini
Hanya kerna cintaku yang tulus tehadapmu
Mungkin kau tidak akan pernah mengerti


Hanya pada ketika ini..
Entah dari mana aku mendapat kekuatan sebegini
Segala resah yang menghimpit jiwaku telah ku lontar jauh
Izinkan aku pergi membawa cintaku yang kian layu

Friday, November 20

**Sulitnya menggapai cintamu**




Telah ku gadai hati ini
Seringkali juga ku kecundang hampa
Apakah semua dugaan ini harus kutempuhi
Sedangkan jiwa ini kian bergelora


Masih adakah sinar cahaya itu
Yang dulu menerangi aku kala kegelapan
Masih dapatkah aku mengecap kebahagiaan itu
Sedangkan hidup ini di landa derita


Aku tersungkur saat mengejar cintamu
Lihatlah tangisan ini yang tidak pernah henti
Semua itu ku terima dengan redha
Sedangkan aku terkapar lemas di sini


Perjuangan ini tidak akan pernah henti
Biar jasad dan roh ku terpisah
Akan ku tapis segala perasaan itu
Agar ku mampu menggapai cinta mu lagi


Imilda Patrick Lidadun
(Kota Kinabalu)


Nukilan sajak telah diterbitkan di UTUSAN BORNEO
Pada tarikh: 27 Disember 2009

Thursday, November 19

**Tabahkan hatimu**





Wajah-wajah yang terluka
Itulah yang ku lihat pada dirimu
Walau tidak pernah kau luahkan
Riak wajahmu sudah mengambarkan keperitan hidupmu


Betapa hidup ini penuh dengan dugaan
Kebahagiaan dan kekecewaan itu datang silih berganti
Seringkali cuba mengubah rentak kehidupan ini
Tanpa mengira hari-hari yang berlalu pergi


Bersabarlah wahai hati..
Kebahagiaan itu akan datang kepadamu
Bersyukurlah dengan apa yang kau miliki saat ini
Kerna waktu itu akan berlalu dan terus berlalu..


Usah kau menoleh lagi
Walau sejenak mengimbas kenangan lalu
Teruskanlah perjalananmu langkah demi langkah
Setapak langkah kakimu sejuta harapan menantimu

Wednesday, November 18

**Luahkan resahmu**




Menangislah hati jika kau sedih
Ketawalah hati jika kau gembira
Luahkanlah segala resah didadamu
Jika itu mampu menenangkan jiwamu


Pejamkan matamu dan lihatlah..
Bayangan itu datang dan pergi
Bertahanlah buat seketika
Sakit itu hanya sekejap


Jika kau resah pandanglah ke langit
Awan-awan kebiruan yang mendamaikan hati
Burung-burung berterbangan bernyanyi keriangan
Matahari memancarkan cahayanya yang indah


Kau bukannya keseorangan
Setiap insan yang menyayangimu ada disisi
Usah kau pergi membawa dirimu
Kerna lautan itu akan memisahkan kita

**Perjalananmu masih jauh**

Bila hati sudah tekad
Takkan ada lagi simpati diri
Biar mana pun arah tujuan kata hati
Takkan sanggup menoleh lagi


Terbanglah jauh..terbanglah tinggi..
Lupakan lara hati padamkan api yang membara
Jauhkan diri bawalah ke hujung dunia
Biar rasa kepedihan yang tidak terpadam


Teruskanlah hidup iman teguh
Pandanglah ke hadapan dunia itu berbeza
Ternyata hidupmu masih panjang
Bangunlah..berjalanlah..kerna perjalanan itu masih jauh.

Tuesday, November 17

**Hanya Kau dan aku**




Teman...
Saat aku jatuh tersungkur
Tiada siapa yang datang melainkan kau
Yang sudi menghulurkan tanganmu
Padahal aku hanyalah seorang teman


Teman...
Saat aku dilanda ombak pantai
Hanya kau yang menjadi tempatku berpaut
Hinggakan aku berjaya membawa diri ke persisiran
Tiada siapa hanya kau dan aku



Teman waktu itu juga...
Kau memberiku kata-kata perangsang
Menyuruh aku bangun sendiri..
Menyuruh aku berjalan sendiri..


Kerna katamu kau juga seperti aku
Hanya seorang insan biasa
Yang belajar dari kesilapan
Hingga berjaya melalui segala ujiannya

Thursday, November 12

**Indahnya kerlipan bintang**





Indahnya langit ketika malam menjelma
Sinarnya membelah keheningan malam
Cahayanya menerangi seluruh alam
Kerdipannya memikat mata yang memandang


Berlarilah...kejarlah ia..
Kerna ia tidak selamanya terang
Akan lenyap apabila siang menjelma
Pasti kau akan merindu saat itu


Sentuhlah ia dengan jemarimu
Rasailah betapa hangat perasaan itu
Kerna sebentar lagi ia pergi
Akan Lenyap dari muka bumi


Pandanglah ke langit..Cahayanya berkelipan
Capailah ia..kerna itulah yang aku inginkan
Andai tercapai oleh tanganmu
Maka hargailah saat-saat itu

Tuesday, November 10

**Cinta Yesus kekal abadi**





Waktu itu kudatang kepadaMu
Dari jauh telah kulihat tanganMu
Yang tetap setia menerima kedatanganku
Baru kini ku rasa dekat denganmu



Berikan kami cintaMu Yesus
Penuhi kami dengan roh kudusMu
Sirami kami dengan kasihMu
Semoga hati kami senang selalu



Cintamu terus kekal dihatiku
Sentiasa bersamaku walau dimana jua
Betapa agungnya cintamu Yesus
Tetap kekal selamanya..di hati kami.

**Tiada cinta tanpa pengorbanan**




Cinta itu terlalu indah untuk dilalui
Cinta juga terlalu perit dilewati
Andai cinta itu memerlukan pengorbanan
Mengapa pengorbanan itu bukan nokhtha sebuah cinta


Cinta umpama kota kristal indah di penglihatan
Cinta itu amat mahal takrifnya
Andai kata derita itu harga sebuah cinta
Mengapa cinta itu sukar dimiliki


Cinta memerlukan pengorbanan
Cinta itu anugerah Tuhan
Setia hanya pada yang satu
Sebagai bukti cinta itu ikhlas dan suci


Cinta itu sering disalah ertikan
Cinta juga sering dipersalahkan
Tanpa pengorbanan maka tiadalah cinta
Tanpa cinta maka hilanglah keindahannya

Monday, November 9

**Cinta yang telah kau khianati**



Tiada lagi kata-kata cinta untukmu
Tiada lagi belaian kasih sayangku untukmu
Tiada lagi senyuman manjaku untukmu
Kerna cinta ini telah kau khianati



Apakah salahku sehingga kau hukum aku sebegini
Tidakkah kau sedar akan susah payahku
Yang selama ini mencari nafkah untukmu
Yang selama ini sedaya upaya ingin membahagiakanmu


Kini aku sendirian tanpa dirimu
Hanya ditemani hati yang luka
Mahligai yang dahulunya indah dihiasi cinta
Kini hanya sunyi sepi yang mengiringi perjalananku


Apakan daya begini kehendakmu
Hanya mampu kuturuti walau hati ini menidakkannya
Terlalu kecewa hingga tidak mampu kumaafkan dirimu
Moga kau temui kebahagiaanmu di sana.



Imelda Vanessa Patrick
(Kota Kinabalu)

**Bila cinta berlalu pergi**



Hati ini..
Terlalu pedih saat aku mengenangkanmu
Kenangan indah itu telah berlalu pergi
Hanya aku yang masih setia menanti di sini


Cinta ini..
Pada siapa harus kuberikan
Sedangkan hanya Wajahmu yang ku lihat
Tatkala siang hari bertukar malam


Kasih ini..
Yang Sentiasa ada dalam diriku
Hanya menunggu saat dirimu kembali
Menyemai kembali bibit-bibit cinta


Diri ini..
Terlalu mengagumi cinta dan kasihmu
Bila cahaya cinta bersinar kembali
Akan adakah lagi cinta itu untukku.?

Friday, November 6

**Kehancuran sebuah istana**




Perbincangan mengenai topik ini jarang sekali dilakukan..apatah lagi berbincang secara terbuka bersama rakan-rakan mahupun pihak-pihak yang terlibat. Mungkin kita tidak pernah terfikir mengenai hal sedemikian. Kerna, kita percaya bahawa Tuhan itu maha pengadil. Adakalanya kita hanya berserah kepada Tuhan..kata orang 'JODOH ITU DI TANGAN TUHAN'. Namun, pernahkah kamu mengalami kejadian sebegini dan apakah tindakan yang kamu telah lakukan?. Mungkin sesetengah berpendapat bahawa topik-topik dan masalah sebegini adalah perkara biasa yang sering berlaku.
Kadangkala, perkara sebegini membuatkan saya terfikir..apa faedah yang telah kita dapat?Bangga dengan diri kita?? Bahagia setelah melihat keruntuhan istana orang lain??..apa pula pandangan masyarakat terhadap diri kita??Malahan, bagaimana perasaan anda apabila digelar sebagai 'Perampas suami/isteri orang??Hal ini telah membuatkan saya berasa sungguh sedih dengan kejadian yang menimpa sesetengah masyarakat kita. Fikirkanlah...bayangkanlah anda yang mengalami kejadian sebegini...Sungguh sengsara bukan??Bertahun-tahun kita menjaga dan mempertahankan rumahtangga kita..hanya kerana wujud orang ketiga istana yang kita bina telah musnah begitu saja.
Namun, bagi sesiapa saja yang berada dalam situasi telah dirampas suami/isteri..berbanyakkanlah bersabar..'sabar itu adalah separuh daripada iman kita'. Jangan kita mudah menyerah kalah atau berputus asa. Cubalah berusaha dengan sedaya upaya pertahankan hak dan mendapatkan balik apa yang telah menjadi milik kita. Kerna, bukan senang untuk kita membina istana yang telah kita semai dengan cinta dan kasih sayang selama bertahun-tahun dengan pasangan kita. Apabila kita telah mendapatkan kembali hak kita..hargailah pasangan kita seadanya. Janganlah letakkan seluruh kesalahan hanya kepada mereka..namun yang pastinya, cuba cari apa kekurangan yang ada pada diri kita sehinggakan cinta pasangan kita terhadap diri kita boleh tergugat apabila bertemu dengan pihak ketiga.
Oleh itu, Ingatlah bahawa tuhan itu seorang yang adil. Setiap perbuatan jahat pasti ada balasannya. 'Janganlah membina mahligai di atas keruntuhan istana orang lain'. Sebaliknya bersyukurlah di atas segala apa yang kita miliki pada hari kita..kerna, mereka juga manusia sama seperti kita yang mempunyai perasaan. Andai kata kita juga diperlakukan sebegitu, bayangkan betapa sakit dan sengsaranya batin kita.

Tuesday, November 3

**Kerinduan dan Kesabaran**




Kerinduan ini..
Sampai kapan bisa kupertahankan
Suatu saat kerinduan pasti akan pergi
Hanya kesabaran dan ketabahan bisa mempertahankan


Kerinduan ini..
Pada keluarga mahupun teman-teman
Hanya kesabaran hati ini
Yang masih tidak terluah


Kerinduan ini..
Pada kehidupan remajaku
Mengimbas kembali kenangan lalu
Saat indah yang telah berlalu


Segalanya hanya pada kenangan
Kerinduan dan kesabaran adalah anugerah
Masih bertahan hingga kini
Menanti hari bahagia yang akan datang

**Aku hanya Seorang Perantau**




Jauh sudah kakiku berjalan
Melalu liku-liku kehidupan
Pahit getir telah kulalui
Susah senang telah kuharungi

Akan adakah tempat untukku
Berteduh seketika menumpang tidur
Kerna diri ini terlalu letih
letih dengan segala pencaroba dunia

Diri ini hanya seorang perantau
Berjalan tanpa mengenal penat
Demi mencari sesuap rezeki halal
Merantau jauh di negeri orang

Siapa tahu jauh dihadapan sana
Akan ada hari-hari bahagia yang menanti
Andai nasib menyebelahi diriku ini
Sekembalian nanti kehidupan dulu akan bisa berubah.

Monday, November 2

**Berikan kami kekuatan**




Sudah menjadi lumrah setiap hidupan yang bernafas di dunia ini mempunyai sifat-sifat dan ciri-ciri yang berbeza. Namun, kita yang diciptakan sebagai manusia yang bijak dan pandai seringkali lalai dalam menjalankan kewajipan kita sebagai makhluk yang paling beruntung. Kita diberikan akal fikiran dan otak yang mana boleh kita gunakan untuk membezakan perlakuan yang betul dan salah. Berbeza dengan hidupan yang lain..Namun begitu..kita sentiasa tidak lari daripada melakukan kesilapan. Bak kata orang 'Tidak ada seorang manusia pun yang sempurna melainkan Yesus kristus'.
Disinilah yang patut kita renungkan bersama..mengapa semua ini berlaku kepada kita..?sedangkan kita tahu apa yang baik dan buruk untuk kita. Tapi, mengapa kita tetap melakukan perbuatan yang salah.?Kadangkala saya sendiri pun masih tidak faham..kita hidup di dunia sebenarnya untuk apa?adakah hanya untuk melakukan sesuatu perkara yang sia-sia.?ataupun mungkin kita hidup hanya sebagai perhiasan untuk bumi yang kosong?Pandanglah kehadapan..ada sesuatu yang menanti kita dihadapan sana.Berbuatlah sesuatu supaya kehidupan yang kita lalui setiap hari akan menjadi lebih sempurna.
Ya Tuhan..kami ini hanyalah hambaMu yang hina, kami tidak layak duduk disisimu..dan kami ini juga tidak layak untuk melayaniMu dengan keadaan diri kami ini yang penuh dengan dosa-dosa. Kami malu dengan keadaan diri kami yang begini..Ya Tuhan..ampunilah dosa-dosa kami..sesungguhnya diri kami ini benar-benar ingin bertaubat dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. Kau kuatkanlah iman kami agar kami dijauhkan dari segala godaan iblis-iblis..bimbinglah kami agar kami dapat mengikuti setiap kata-kataMu..setiap kemahuanMu. Hanya kepadamu kami sembah...kabulkanlah doa kami Ya tuhan..Amen.